ARTIKEL INI AKAN MERUNGKAI KEMUSYKILAN ANDA!
APA ITU GERAN KONGSI?? Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harini seperti yang saya dijanjikan, kita akan melihat salah satu jenis geran iaitu geran kongsi. Ramai yang masih keliru apa itu geran kongsi, geran bersama dan geran individu. Takpe, harini kita tengok satu je dulu iaitu geran kongsi. Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok geran ni: LOT LIDI/ GERAN KONGSI Sebidang tanah yang mempunyai geran asal atau master title yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan kepada lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah tanpa penglibatan geran tapi menggunakan surat acara amanah. PEMEGANG AMANAH Untuk geran kongsi ni, akan dilantik seorang pemegang amanah mesti mendapatkan persetujuan kesemua pembeliuntuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya surat acara amanah sahaja akan didaftarkan di dalam geran. SURAT PEMEGANG AMANAH: Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah a...