Catatan

Tunjukkan catatan dari April 10, 2019

Kerja sebagai finance tapi jadi ejen tanah, boleh ke?

Imej
Finance dan ejen tanah dalam pada masa yang sama?? Boleh ke??? Hai, assalamualaikum, nama saya Hazwan ejen TLM, tahun ni saya berumur 31 tahun. Saya bekerja dalam bidang finance dan dalam masa yang sama menceburkan diri menjadi ejen tanah di bawah TLM. Sebelum masuk Tanah Lot Malaya, saya bermula menjadi ejen hartanah dengan UEM Sunrise selama tiga empat tahun di sana, kemudian ada juga deal dengan company di Dubai dan pernah bekerja dengan MK Land sekejap. Plus minus dalam bidang ni, dah masuk tujuh tahun lah. Minat dalam bidang hartanah ni datang sebab parents pun ada kerja dengan MK Land buat highway dan sebagainya, jadi lama kelamaan minat tu datang. Tambahan pula, mertua juga turut mempunyai firma guaman yang banyak menguruskan masalah hartanah, jadi saya secara tidak langsung jugak telah mengambil peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang property. Benda ni supaya kita dapat bersaing dengan syarikat besar lah. CABARAN Biasalah sudah tentu bila kita...