Kerja sebagai finance tapi jadi ejen tanah, boleh ke?


Finance dan ejen tanah dalam pada masa yang sama??
Boleh ke???

Hai, assalamualaikum, nama saya Hazwan ejen TLM, tahun ni saya berumur 31 tahun. Saya bekerja dalam bidang finance dan dalam masa yang sama menceburkan diri menjadi ejen tanah di bawah TLM. Sebelum masuk Tanah Lot Malaya, saya bermula menjadi ejen hartanah dengan UEM Sunrise selama tiga empat tahun di sana, kemudian ada juga deal dengan company di Dubai dan pernah bekerja dengan MK Land sekejap.

Plus minus dalam bidang ni, dah masuk tujuh tahun lah.

Minat dalam bidang hartanah ni datang sebab parents pun ada kerja dengan MK Land buat highway dan sebagainya, jadi lama kelamaan minat tu datang. Tambahan pula, mertua juga turut mempunyai firma guaman yang banyak menguruskan masalah hartanah, jadi saya secara tidak langsung jugak telah mengambil peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang property. Benda ni supaya kita dapat bersaing dengan syarikat besar lah.

CABARAN
Biasalah sudah tentu bila kita dalam bisnes, kita akan berdepan dengan pelbagai persaingan dari syarikat lain, ada cara untuk berdepan dengan rival dalam bisnes.
Bagi saya, kita perlu follow apa yang pesaing – pesaing besar buat lah. Bukan nak kata kita perlu copy cat apa yang mereka buat, tapi kita boleh ambil contoh mereka, cara mereka buat kerja, cara mereka deal dengan situation.
Contoh yang ada ialah Nokia, dia dulu nak pertahankan diorang punya system, tapi bila Android datang, orang ramai pun suka guna Android, jadi Nokia pun jatuh. Jadi sama lah macam kita. Kita nak bersaing, jadi kita kena tengok apa expectation orang lain terhadap kita. Apa yang customner mahu.
Walaupun company besar dah buat, di situ kita boleh improve dengan cara kita sendiri supaya barulah kita dapat bersaing dengan orang lain dan boleh memikat hati pelanggan. Diorang ni lebih suka tengok kepada produk, bukan branding tu sendiri.

KESIMPULAN
Walaupun kita ni company kecil, tapi bila niat kita kuat untuk naikkan nama company kita, maka tidak apa yang jadi mustahil. Make sure kita ni rajin buat networking dengan company lain, networking dengan government dan maybe 10 tahun akan datang TLM akan boleh bersaing dengan company besar yang lain.

-Hazwan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PASTIKAN ANDA KENAL JENIS ‘TITLE’ TANAH INI SEBELUM MEMBELI TANAH!!

KISAH BELI TANAH..