PASTIKAN ANDA KENAL JENIS ‘TITLE’ TANAH INI SEBELUM MEMBELI TANAH!!
Salam bahagia semua, harap anda sentiasa
berada dalam keadaan yang terbaik. Jadi, harini saya nak cerita sikit tentang
jenis title tanah yang ada dekat Malaysia ni.
Apa signifikan dari posting kalini?
tahukah anda, title tanah ini penting
tau kerana ianya mempengaruhi pembelian dan juga nilai semasa tanah. Bukan itu
saja, ia juga kadangkala melibatkan kewarganegaraan, negeri dan juga bangsa.
Mari kita analyze satu satu jenis title
tanah ni.
1) REZAB MELAYU
Kita sering dengar tanah rezab melayu
bukan? Tanah rezab melayu ini meliputi hak bangsa melayu yang lahir di
SEMENAJUNG SAHAJA. Tanah ini hanya boleh dibeli dan dijual oleh orang berbangsa
melayu, warganegara Malaysia dan lahir di semenanjung Malaysia.
Ini adalah salah satu hak yang terus
dilindungi oleh perlembagaan untuk bumiputera, sekiranya ada sebarang projek
yang berlangsung di tanah rezab, cepat cepat lah penuhkan nama dalam geran
kerana jumlah tanah rezab sangat sikit tau.
2) OPEN TITLE
Open title ini dikenali dengan tanah
yang boleh dimiliki oleh semua orang tidak mengira bangsa tetapi yang mempunyai
wargenegara Sahaja. Biasanya open title ini nilai semasanya amat tinggi dan
kerap menjadi permintaan ramai kerana semua bangsa boleh membeli dan permintaan
semasa pun tinggi.
Yang ni jenis tanah yang selalunya orang
berebut nak beli sebab dia open title, semua bangsa berpeluang untuk beli dan
memiliki tanah ni. Siapa cepat dia dapat, siapa tak dapat dia lah yang rugi.
3) INTERNATIONAL TITLE
International title ini boleh dijual
kepada Warga Asing yang ingin memiliki tanah di negara Malaysia. Tetapi
nilainya adalah ter-sangat tinggi dan mahal. Satu kaki boleh boleh jatuh RM
200++ tau!
mahal weh!!
KESIMPULAN
Macam mana? Korang mesti dah faham serba
sikit tentang jenis title tanah di Malaysia, haa lepasni boleh lah plan nak
beli tanah jenis title apa. Mana tahu kan ada antara korang yang nak beli jenis
international title. Woww!!
Insya Allah dengan info baru ini akan
memberikan korang ilmu baru dan dapat membantu untuk mengetahui lebih lanjut
berkenaan dengan tanah serta memahami asas-asas tanah.Semoga ini menjadi satu
ilmu baru kepada korang semua.
Dalam posting akan datang, Insya Allah
kita akan update dan tunjuk kepada korang projek terkini dari Tanah Lot Malaya.
Stay tuned tau.
Ulasan
Catat Ulasan